Monday, August 1, 2011

backgroundthree001




  • Assalammu’alaikum Warakhmatullahi Wabarakaatukh.
    Musleemah says: Penyambutan Hari Ibu (panggilan manja ku terhadap beliau adalah mama dan bukan ibu! hehe) bukan sahaja diraihkan pada haribulan 8 May. Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang peri pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadeethsnya dimana kita harus meletakan sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.
    Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.
    Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.
    Ingin saya berkongsi bersama dengan kalian akan hadeeths Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang satu ini,
    Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
    (HR: Al-Hakim)
     
    Subhan-ALLAH! Ibu adalah ibarat ladang tempat kita menanam benih kebaikan hingga mampu mendatangkan Redha ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Ibu adalah sebahagian dari nafas dalam hidup kita. Apakah kita bisa mengukur setiap kasih dan sayang diberikan olehnya? Apakah kita bisa berkata dengan takabbur bahawasanya kita mampu memberikan beliau apa sahaja yang ada di dunia hanya untuk membalas jasanya dan lalu meninggalkan beliau pergi begitu sahaja?
    Insya-ALLAH akan ada sambungannya… Mata dah ngantuk sangat… (-_-) 
    (=
  1. #1areMaL 
    May 9th, 2009 at 1:49 am
    mmm.. 8hb ke 10hb? tk tau nie
    Musleemah says: 10hb… Typoe error… Al-maklumlah jaga S’pore, asyik tersilap sahaja… Nasib baik tak duk jaga negeri Perak. Kalau tidak, tak bernapaslah saya. Duk berebut-rebut nak jadi MB. =D
    Post ReplyPost Reply
  2. #2Izo 
    May 9th, 2009 at 11:12 pm
    Mata dah ngantuk bleh rehat dulu:em47:
    Post ReplyPost Reply
  3. #3Mahboob Awan 
    May 10th, 2009 at 10:14 pm
    Assalam o Alikum,
    Masha ALLAH……………………like always………..nice effort by Nice Person of ISLAM…………..May ALLAH help These Nice Persons Always…………AMEEN
    Post ReplyPost Reply
  4. #4nahwanNur 
    May 11th, 2009 at 12:13 am
    Assalamualaikum, salam penuh kerinduan buat adik akak jauh di singapura,
    memang benar bahawa setiap hari itu hari istimewa buat insan yang bergelar ibu/ emak/ bonda dan sewaktu nya. Kerna kasih mereka tidak pernah pudar malah setiap hari pasti punya isi baru dalam kasihnya yang begitu ampuh.
    ALLAH swt jualah yang memberi nikmat kasih sayang pada hati insan bergelar ibu, islam lah yang menyebar debunga wangi ini di seluruh pelusuk dunia buat membentuk jundi yang bakal melatari dasar dunia membentuk bentangan indah sebuah kehidupan mawaddah di akhirat kelak.
    Salam buat seluruh ummi di dunia, insan yang menggenggam ribuan tanggungjawab tanpa keluh kesah dengan senyum yang tetap indah. Kerana tahu diri itu sebagai rusuk keluarga, dan hidup ini tetap dalam aturanNya.
    Sayang penuh kerinduan buat mu adik tercinta
    Musleemah says: Alaikumussalam. Ku balas salammu dengan penuh senyuman di wajah ini. Sungguh adikmu nun jauh di Singapura ini merasa amat rindu akan kata-kata hikmah daripadamu.
    Subhan-ALLAH! Tidak mampu adik menolak atau membangkang setiap bait kata-kata daripada mu itu. Terutama lagi apabila ia menyentuh perihal ibu. Semoga sahaja kita semua tidak meninggalkan kesan atau mengguris luka yang paling dalam pada hati seorang wanita yang bergelar ibu. Jangan sampai disebabkan perbuatan kita yang menyakitkan hatinya itu membuat ALLAH menghitung butiran air mata yang senantiasa bertaburan di pipi seorang ibu.
    Du’aa ku semoga sahabat ku bisa membaca dan mengerti akan tulisan kakak ku yang tercinta, Dr.NahwanNur nun jauh dari Malaysia. (=
    Post ReplyPost Reply
  5. #5Faridrashidi 
    May 11th, 2009 at 5:41 am
    Assalamualaikum,
    Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga…
    Musleemah says: Alaikumussalam… Memang benar apa yang telah diperkatakan oleh saudara Farid Rashidi. (=
    Post ReplyPost Reply
  6. #6alongwairnazz 
    May 12th, 2009 at 11:31 am
    Selamat Hari Ibu.. :em56:
    Post ReplyPost Reply
  7. #7Maliki xp 
    May 16th, 2009 at 11:06 am
    “عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ.”
    Maksudnya: “Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
    (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
    Salam Hari Ibu :em47:
    Musleemah says: Inilah yang seringkali kita perdengarkan dan peringatkan. Namun, masih sahaja ada diantara kita yang seakan-akan tidak mengendahkan apa yang diajarkan oleh baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Malahan ada yang mudah meninggalkan bekas luka di hati ibu mereka yang teramat sayang kepada mereka. Kepada akhi Maliki, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu di dunia blog saya yang serba kekurangan ini. Lama benar menghilang? Bila lagi mahu mengemaskinikan blog akhi? Ramadhan yang sudah lepas mana bisa menggantikan ramadhan tahun ini? =D
    Post ReplyPost Reply
  8. #8ريحانا 
    May 23rd, 2009 at 10:58 am
    السلام عليكم
    I love your blog and its contents. I will link you up
    Thanks
    Musleemah says: Alaikumussalam. Shukran for spreading HIS crystals of Love through my world of Blogging. Insya-ALLAH I’ll link you up soon. Thanks to you too ukhti. (=
    Post ReplyPost Reply
  9. #9TiNi 
    May 24th, 2009 at 8:49 pm
    Lama sungguh blog ni tidak di update :em28:
    Si pemilik blog yang manis jelita ni tentu lagi sibuk dengan tanggungjawab dan tugasan kehidupan sehari-harian. Mudah-mudahan Abeen sihat hendaknya dan diberi masa yang lapang oleh Allah utk mengupdate blog,demi perkongsian ilmu bersama…Ameen! :em21:
    Musleemah says: Adakah adikmu layak dipanggil si manis jelita? Sudah benar lagi jelas bahawa yang memberi komentar ini (TiNi) adalah seorang wanita yang anggun dari segi penampilannya, perwatakannya, tutur bicaranya, sifat tawadhu’nya, pendek kata seluruh keperibadian akhlaknya sangat molek dijadikan contoh bagi wanita zaman kini. You’re so classic my dear. Please don’t denied what’s fact! Lol.(=
    Oh ya, memang benar ukhti ku sayang, Abeen sangat sibuk akhir-akhir ini. Bukan sibuk apa, sibuk memerah otak untuk peperiksaan. Alhamdulillah, semuanya sudah berakhir dengan tenangnya. Shukran ukhti atas setiap cebisan naseehat daripadamu lewat dunia blogging ini dan juga lewat SMS. Abeen amat terharu sekali. Shukran jazillan! I do Love You & Heart You so much!
    Post ReplyPost Reply
  10. #10lynn 
    March 4th, 2010 at 9:21 am
    :em02: :em02: :em02: :em02: :em02: :em02: :em02: :em70: :em70: :em70: :em70: :em70: :em70: :em70: masyaAllah.. artikel yg menyentuh sanubari.. ana mintak izin utk copy ye..
    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com
 
 
 
  • :em38:
  • :em33:
  • :em54:
  • :em50:
  • :em12:
  • :em55:
  • :em19:
  • :em43:
  • :em42:
  • :em18:
  • :em68:
  • :em04:
  • :em57:
  • :em65:
  • :em25:
  • :em40:
  • :em58:
  • :em69:
  • :em31:
  • :em13:
  • :em23:
  • :em29:
  • :em11:
  • :em08:
  • :em20:
  • :em51:
  • :em05:
  • :em70:
  • :em06:
  • :em59:
  • :em35:
  • :em14:
  • :em52:
  • :em64:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em46:
  • :em41:
  • :em39:
  • :em24:
  • :em09:
  • :em60:
  • :em37:
  • :em02:
  • :em53:
  • :em21:
  • :em28:
  • :em67:
  • :em26:
  • :em27:
  • :em48:
  • :em34:
  • :em44:
  • :em07:
  • :em63:
  • :em22:
  • :em32:
  • :em61:
  • :em17:
  • :em10:
  • :em45:
  • :em01:
  • :em71:
  • :em03:
  • :em66:
  • :em56:
  • :em62:
  • :em15:
  • :em47:
  • :em36:
  • :em16:




Terima Kasih Kerana Sudi Melawat :)

No comments:

Post a Comment